SErahKaN HaTimu Kepada PemiLiK Hati
" Buta yang sebenar bukanlah buta mata kasar tapi buta yang sebenar ialah buta mata hati "
perkara
yang paling susah nak jaga ialah HATI..amat susah untuk
ditarbiyah..bila kita rasa hati kita kuat untuk menempuh liku kehidupan
ini, ujian datang untuk menguji keteguhan hati kita..saat itulah hati
goyah..antara nafsu dan iman..mana lagi menang..
Saat ada yg menghina, mengata, mengutuk kita, hati mudah membenci..
Saat ada yg menodai kepercayaan kita, hati mudah menghukum..
Saat ada yang melambatkan kerja kita, hati mudah merungut..
Saat ada yg melukai kita, hati mudah menangis pilu...
Namun
sedarlah wahai insan, segala yang berlaku itu adalah untuk mendidik
hati kita, untuk tarbiyah hati kita agar lebih cekal dan tabah dalam
mengorak langkah kehadapan...kerana boleh jadi, di hadapan sana, di
persimpangan sana..lebih besar dugaannya..mana mungkin kita bisa
menempuh dugaan sebesar itu andai ujian sekecil ini pun kita cepat
melatah, cepat merasa lemah..bila jatuh, kita tidak berusaha untuk
bangkit kembali..
Ingatlah wahai teman, hidup ini, kita yang aturkan..
Sesungguhnya,
jalan di dunia ini, kiranya kita gagal dalam melewati satu jalan itu,
usahlah risau kerna masih banyak jalan lain yang boleh diambil..tapi
percayalah, jalan untuk ke akhirat hanyalah satu, pastikan kita tidak
gagal dalam melalui jalan itu,,kearna jika kita gagal bererti kita gagal
selamnya..Jalan untuk mengejar bahagia di akhirat itu semestinya sukar
dan berliku,,apa tidaknya..sesuatu yang indah dan menjadi rebutan
ramai..semestinya sukar untuk dimiliki..namun jika kita bawa hati yang
sejahtera dan hati yang tenang bersih..pasti kita akan merasai indahnya
sepanjang menempuhi liku-liku perjalanan itu..
"أمور تنبع من القلب هي المسألة الأكثر تعقيدا"
"soal hati ini ialah soal paling rumit"
Hati
ini lagi susah nak jaga bila berkaitan cinta terlarang..Kerana cinta
sesama manusia, cinta yang tiada ikatan yang sah..kita lupa pada cinta
Ilahi..kita tidak yakin bahwa jodoh itu milik Allah..Kerana cinta
terlarang kita mula serahkan hati kita kepada nafsu untuk
mengaturnya..akhirnya kita rela hati kita dilukai..membenarkan hati kita
tunduk kepada kemungkaran..zina hati..Nauzubillah..
Akan tetapi Allah Maha Pengasih~
Saat
aku lemas dalam lautan cinta manusia yang tidak tahu penghujungnya,
Saat aku buta dalam menilai kasih sayang manusia..Allah campakkan
secebis kesedaran dalam hatiku bahawa hidup didunia ini bukanlah untuk
mengejar cinta manusia, cinta dunia, bukanlah untuk mendabik dada pada
alam bahwa akulah yang berjaya menawan hati dewa raja..akan tetapi kita
hidup di dunia ini, kita hidu udara di dunia ini demi kelangsungan hidup
adalah kerana untuk semai Keredhaan dalam hati kita pada Allah, untuk
siram hati kita dengan Takwa, untuk baja hati kita dengan nur cinta
kepada Allah..
Allahurabbi...bersyukur
Ya Allah kerana Engkau telah kirimkan seorang sahabat yang berhati
Mulia kepadaku..nasihatnya buat aku sedar diri..setiap yang berlaku
pasti diiringi hikmahnya..camping OPss Relax baru-baru ini, aku ingat
akan merapatkan hubungan aku dan dia tetapi ia merupakan satu wasilah
untuk aku lupakan dia..dulu aku yakin bahwa dia jodoh aku..sedangkan
cinta yang berputik itu hanyalah ujian dari Allah..Teringat pesanan
sahabatku semasa dalam perjalanan ke camping tue:
"
Pergimu bukan untuk mengutip markah exam dan untuk berseronok tapi
pergilah untuk mencari hikmah di sana, semoga kamu dapat membawa balik
mutiara hikmah yang tiada pada sahabat-sahabat lain.."
Pesanan seorang sahabat buat sahabat kesayangannya :
Kita sibuk
nak jaga hati orang yang kita sayang, sedangkan dia bukan sesiapa pun
pada kita..belum halal untuk kita, kita biar dia bermain cinta dengan
kita..Ingat, hati kita ni bukan kita punya..tapi Allah yang punya..apa
hak kita untuk biarkan orang lain melukainya, menodainya dengan cinta
terlarang..sepatutnya kita jaga baik-baik, cuba fikir..jika kita
pinjamkan barang kepada orang, semestinya kita harapkan orang itu
menjaga barang kita baik-baik..samalah dengan hati kita..takkan kita nak
kembalikan hati kita kepada tuannya yang dah kotor, yang dah
dilukai..fikirlah sahabat..kita tak pernah fikir macam mana nak jaga
hati Allah..apa perasaan DIA bila kita pinggirkan DIA sedangkan bukan
sekadar hati bahkan seluruh jasad kita ini adalah milikNYA..andai kita
dah tak mampu nak jaga hati ini, kembalikan kepadaNYA..biar DIA yang
jaga dengan kasih sayangNYA..biar DIA yang rawat dan jahit luka-luka di
hatimu..biar DIA yang padamkan parut-parut di hatimu..
Air
mata menjadi saksi kebodohan diri selama ini...betapa lemahnya iman aku
Ya Allah..terlalu mudah tunduk pada nafsu..sedangkan cinta itu
selayaknya aku persembahkan kepada bakal zauj aku..tetapi aku telah
mengkhianatinya...Dengan kasih sayang Allah aku bangkit dari
kelukaan..Aku serahkan hati aku padaMu Ya Allah untuk menjaganya..jangan
biarkan kesilapan yang sama berulang lagi..
Sesungguhnya
jika kita redha dengan sesuatu itu, mudah sahaja untuk kita
lepaskan..Engkau hanya pinjamkan dia sekejap untuk aku untuk aku mencari
diri aku..inilah ujianMU..sekarang Engkau ambil dia kembali bukan
kerana Engkau ingin melihat aku terluka..akan tetapi Engkau ingin
melihat aku bahagia di kemudian hari..Engkau lebih mengetahui..Pasti ada
yang lebih baik menanti aku di hadapan sana..cuma aku perlu membaiki
diri aku terlebih dahulu menjadi lebih baik!!
DI MANA DIA DI HATIKU???
Tidak ada komentar:
Posting Komentar